Sunday 3 February 2013

airmata
kini menjadi peneman setia
kemana pergi ia bersama
menyapu debu di danau hiba
mengheret aku ke lembah duka 
semakin dalam menusuk jiwa

bahtera cinta yang kita bina
lenyap tanpa khabar berita
tiada dijangka sekelip mata
hilang bersama arus bahagia
tinggallah aku terlantar derita
menunggu waktu pemisah segala

puas sudah aku mencari 
apakah ada kesalahan diri
hingga dirimu berlalu pergi
menodai setiap kata janji
yang di ukir di dinding hati
tiada terpadam sebelum mati
deritalah aku seorang diri

2 comments:

  1. benarkah janji yg telah terpatri telah dinodai?
    usah berbicara tanpa saksi..
    adakah saudara tahu apa punca semua ini???
    maafkn saya kerna tidak petah berpuitis seperti saudara.. apa yg saya fahami, adakah benar dia menodai janji2? adakah saudara sahih akan kenyataan? cubalah berpijak pada dunia yg nyata..hidup ini bukan hanya dalam dunia sendiri..kita menemui pelbagai ragam manusia,bukan? kenal pasti dahulu..punca sebab dan sebagainya... jika saya adalah penuju itu, hanya satu permintaan yg akan dilahirkn dr hati.. tetapi, saya tidak akn menyuarakn.. biarlah ia berlaku secara spontan.. agar nmpak satu keajaiban.. pohonlah pd Yang Maha Kuasa.. Dia akan membantu saudara..


    akhir warkah,
    wassalam...

    ReplyDelete
  2. ececece... jiwang pulak ko skang man...

    ReplyDelete