Sunday 3 February 2013

airmata
kini menjadi peneman setia
kemana pergi ia bersama
menyapu debu di danau hiba
mengheret aku ke lembah duka 
semakin dalam menusuk jiwa

bahtera cinta yang kita bina
lenyap tanpa khabar berita
tiada dijangka sekelip mata
hilang bersama arus bahagia
tinggallah aku terlantar derita
menunggu waktu pemisah segala

puas sudah aku mencari 
apakah ada kesalahan diri
hingga dirimu berlalu pergi
menodai setiap kata janji
yang di ukir di dinding hati
tiada terpadam sebelum mati
deritalah aku seorang diri

Tuesday 29 January 2013

statusku disana

aku seorang hamba
hambar yang xpernah lelah melakukan dosa
yang kerap melupakan untuk apa dicipta
tidak pernah kesal dengan perbuatan
takutkan neraka hanya pada kata-kata
sampai masa akan aku terima balasannya

aku pelaku dosa
dosa yang tidak kelihatan tetapi ada
yang perlu ditanggung selamanya
dibakar api yang gah menyala
yang bahan bakarnya batu dan manusia
tidak tertanggung oleh sesiapa

aku hamba yang hina
aku hamba yang tidak tahu malu
bila Dia diperlukan aku ingat
tapi bila aku dalam kesenangan
aku nodai janjiku denganNya
janji yang terpatri sebelum ku wujud
yang akan mengikut apa yang disuruh
dan meninggalkan apa yang dilarang
menjadi khalifah di muka bumi
menghalang keburukan dengan kebaikan


aku mahu kembali
kembali ke pangkal jalan
yang telah lama aku tinggalkan
walau sukar berbagai dugaan
akan ku tempuh dengan kesabaran
Dia sentiasa ada bila aku memerlukan

aku tersedar dari lamunan
yang sekian lama aku banggakan
hidup bersama nafsu dan syaitan
turut segala suruhan dan kemahuan
tidak sesekali kurasa merugikan
kerna mereka bijak lagi menyesatkan

walau sesukar mana aku perjuangkan
walau seperit mana aku teruskan
menukar kegelapan menjadi terang
membawa aku menemui kebenaran
yang telah terhalang oleh nafsu dan syaitan


sedarlah sebelum kita disedarkan
biar lambat asal jangan terlambat




perjalanan menuju abadi

kehidupan
perjalanan yang mencari penyudahan
mengumpul bekalan memburu kejayaan
mengharungi setiap ujian dan dugaan
mengharap langkah menyusuri keredhaan

kita
hamba yang sering membuat dosa
kadang waktu jauh dari Pencipta
sukar melengkap yang telah dimula
menuju penamat masih kabur laluannya

mati
saat tiba tiada yang ketahui
datang ia tidak pinta disetujui
hanya bekalan yang mengiringi
menanti timbangan yang amat digeruni

pencapaian
kita menanti penuh debaran
mengharungi titian yang bisa menggagalkan
bersama bekalan semasa kehidupan
dimana selayaknya kita bertandang

Tuesday 20 November 2012

cintu itu anugerah

CINTA TU APE YE? ^^'' 

awak yang baca tu....awak la dok senyum2 pulak, awak tahu CINTA tu ape? orang tanya sengeh pulak...ramai yang mengucapkan kalimah keramat ini tapi adakah dia tahu makna di sebalik lima huruf ini.
Mudah di lafaz tapi hakikatnya suka di terjemahkan melalui kata, cinta adalah connection hati, bukan Nokia tau...the connection people....tapi ramai yang menggunakan tagline nokia dalam mengzahirkan erti cinta, oleh sebab itu lah pasangan yang bercinta ramai menjadi buta, ataupun di butakan ataupun terbuta...boleh pandang sendiri dengan mata kasar, mata kucing pon boleh tp untuk makan la, ramai pasangan yang lepak di  tempat2 yang gelap, kenapa tempat gelap? sebab mereka dah buta, so xde beza gelap kew cerah kan?

saudara saudari cikebom-cikebom...

Ingatlah cinta itu luas ertinya, cinta kepada Allah, cinta kepada manusia, cinta kepada binatang, cinta kepada alam, cintailah sungai kita....kebanyakan manusia hanya mengambil tahu tentang cinta manusia semata, ke mana letaknya cinta kepada Allah? sedangkan dia yang mengurniakan cinta, korang (bukan yang baca ni ^^) ni jenis lupa daratan betul la, lupa pada yang memberi, lepas dapat yang memberi dilupakan yang di ingini di puja-puja.....geramnya aku nak ketok2 kepala hanmpa...

aku bukan berlagak pandai just nak bagi tau apa yang hadir di saat aku memikirkan soal cinta,
cinta terbahagi kepada dua (just berkongsi salah betulkan) 

cinta yang berlandaskan connection rohani iaitu melalui perantara yang Maha menzahirkan kemahuan..

cinta yang berlandaskan connection jasmani iaitu melalui perantara tubuh badan....aummm (yang ni laki suka...hehe)

cinta berlandaskan rohani, melalui doa, memohon kepada Pemilik Cinta agar di kurniakan cinta yang akan membawa kita bertemu dengannya kelak, sebelum seseorang hamba memiliki cinta sesama hamba, cinta yang harus di carinya dulu adalah cinta dari Pemilik Cinta. Tiada siapa yang tidak mahu mendapatkan cinta dari Ilahi tapi xsemua orang berusaha, sekadar menaruh gincu di bibir...hadirnya cinta pengubat segala duka, memberi semangat yang baru untuk meneruskan hidup, tidak goyah dengan apa jua ujian mendatang, sesungguhnya manusia di lahirkan berpasangan....kita perlu berusaha mencari barulah akhirnya kemanisan akan dirasakan berpanjangan, bukan merasakan kemanisan di awal perkenalan,

cinta tidak bisa di lihat oleh pancaindera tapi dapat dirasa melalui hati, perasaan cinta berbeza dengan sayang, manusia sering kali keliru dengan kalimah dua sejoli ini, bertambah keliru apabila hadir bahasa yang mengelirukan....I LOVE U perkataan love dapat digunakan untuk menyatakan sayang dan cinta, sebab itu kita hidup dalam kekeliruan...cinta adalah bersih dari nafsu, tidak memandang body ataupun rupa, tiada rasa bila bersama, sentiasa di selitkan dalam doa, gelisah bila berjauhan, bersama mencari keredhaan, berusaha mendapatkan tiket ke "sana"

cinta yang berlandaskan jasmani tidak lah susah....kerana syaitan sebagai guru, nafsu sebagai penasihat, sayang abang, rindu abang, cinta abang, xsanggup kehilangan, rela merentasi laut api....pui, kene minyak panas pon menangis, berkatalah yang benar tinggalkan yang samar, "merentasi lautan api" api  itu bukan ke diturunkan dari "neraka", kalaulah cinta ini yang mereka amalkan, memang mereka nakkan merentasi lautan "api"....wanita terlalu mudah terpedaya dengan kata2 lelaki, terpukau dengan rupa yang tampan, sehinggakan sanggup memberi apa yang sepatotnya di sembunyi...tidak hiraukan pandangan orang kerana mereka saling mencintai, habis madu sepah di buang, terbiarlah engkau kesorangan, membelek sejarah yang engkau ciptakan, tiada apa yang di fikirkan melainkan sesalan....sebelum terlambat google lah makna cinta yang sebenar....cinta yang di hadirkan oleh connection hati ataupun cinta hanya untuk mendapatkan connection jasmani....selamat beramal

jangan salahkan cinta, kerana cinta itu anugerah...

jangan buta kerana cinta, biar cinta buta kerana kita


p/s: sekadar perkongsian tidak mengharap apa2, segala kelemahan harap di maafkan

Thursday 18 October 2012


puisi buatmu


jodohku,

lama aku menunggu,
saat waktu menjelma dirimu,
menghiasi hari sepanjang hidupku,
menempuh dugaan tanpa rasa jemu,

jodohku,

di mana dirimu saat aku memerlukan,
di balik awan atau terpendam di lautan,
puas aku meneliti sepanjang kehidupan,
belum masanya dirimu aku temukan,

jodohku,

bertahanlah sehingga kita di satukan,
jauhkan segala yang bermulakan syaitan,
lindungi dirimu dengan ayat2 suci al-Quran,
agar terlindung sentiasa daripada godaan,

harapku

setialah pada yang satu,
tetapkan hala tuju hatimu,
selitkan doa di setiap sujudmu,
cinta yang teragung suci dari nafsu,

 

Sunday 22 January 2012

UNTUKMU ANITA PUI


ANITA EKHWAN

ASSALAMUALAIKUM PEMBUKA BICARA
ANA MENULIS UNTUK SEMUA
KALI NI GILIRAN ANITA
ANA MENGARUT ENTAH KENAPA




Anita...ni la dia tuannya...tngok dia senyum mesti semua tergoda kan...kikiki jangan mara
sekarang dia tengah posing dalam program periukku periukmu sempoi...tngok dia senyum ala-ala baby baru blajar senyum...ececeh
dia ada gaya jugak nak jadi ratu colgate...so sweet (kann)
dalam periuk tu xpayah den nak kobar mmg xtahu la tu
sekali macam ubi sekali makan ikan kene rembat bertubi-tubi
tapi anita memang terbaik dari india...kikiki

budak ni den terjumpo dekat mesir...tngok dia nangis sorang2 tepi piramid den ambik la piramid tu bagi dia...tiba2 je dio berhenti nangis then bilang i love u tempe...raso banggo la jugok...den muah kt pipi blom smpai den bagi sekali lagi i love u nak tempeleng jarak dekat...tersembur gigi den...ni urat dawat tulang t-rex ni...



ANITA EKHWAN


A=Amanah
N=Naif
I=Ikhlas
T=Tulus
A=Alim

E=Emosional
K=Komited
H=Harum
W=Warak
A=Amanah
N=Naif

NAMAMU TERSELIT SEJUTA MAKNA...TIADA SIAPA DAPAT RUNGKAIKAN SELAIN DIRIMU...JADILAH NAMAMU YANG SEBENAR...AGAR ENGKAU DAPAT MELANGKAH LAGI TINGGI...MENGGONCANG DUNIA DENGAN ILMU...BERBAKTI KEPADA AGAMA DAN BANGSA...BERUSAHA LAH TANPA MENYERAH...
DEMI SEBUAH CINTA...HARAPAN IBU BAPA
IMPIAN SETIAP REMAJA YANG INGIN BERJAYA

ANITA EKHWAN

ENGKAU LAH MENTARI KELAK...YANG AKAN MENYINARI DI WAKTU SIANG...WALAUPUN KELIBAT MU TIADA DI WAKTU MALAM TAPI ENGKAU PANCARKAN CAHAYA PADA BULAN SEBAGAI PENGGANTI UNTUK ENGKAU BERADU...JANGANLAH ENGKAU TERASA PENAT DAN JEMU...
UNTUK TERUS MEMBERI CAHAYA YANG MENYINARI

ENGKAU SEKUNTUM BUNGA YANG BERADA DI DALAM TAMAN...
PERLU DISIRAM PERLU DI JAGA
KUATKAN DURI DI TANGKAL MU AGAR TIADA SIAPA BISA MEMEGANG..
HANYA MEREKA YANG BETOL2 IKHLAS JUA YANG AKAN BERKORBAN KESAKITAN UNTUK MEMILIKIMU...DENGAN CARA YANG BENAR...

ANGGAPLAH DIRIMU SEBAGAI MUTIARA DI DALAM CERMIN..DILIHAT BOLEH DI SENTUH HARAM...BILA TIBA MASANYA MUTIARA AKAN MENJADI MILIK SESEORANG...YANG BISA MENJAGAMU DENGAN BAIK YANG BISA MELINDUNGIMU DARI DIRAMPAS WALAU NYAWA MENJADI TARUHAN
KERANA ITULAH PENGORBANAN

ANITA

ANDAI ENGKAU MAHU MENYELAM BIARLAH SAMPAI KE DASARNYA
ANDAI ENGKAU MAHU MENDAKI BIARLAH SAMAPI KE PUNCAKNYA
ANDAI ENGKAU MAHU BERJAYA BIARLAH IA KEJAYAAN BERTERUSAN


HIDUPLAH ENGKAU SEPERTI MANA KAU INGINKAN
SELAGI TIDAK BERCANGGAH DENGAN TUNTUTAN
AGAR ENGKAU SENTIASA DALAM PERLINDUNGAN
DIKURNIAKAN NIKMAT YANG BERPANJANGAN



ANITA
BANGKITLAH ENGKAU DARI LAMUNAN
TERUSKANLAH PERJUANGAN
JANGAN ENGKAU TERNODA DEK DUNIA
YANG HANYA MAINAN SEMATA

ANITA

SEKALI KAU REBAH
JANGAN BIAR MENJADI MASALAH
TERUS BANGUN BERDIRI TEGAK
MELANGKAH DENGAN TIDAK TERAGAK

ANITA

JADILAH ENGKAU SEPERTI LILIN
RELA BERKORBAN DEMI ORANG LAIN
KAU TETAP MENYALA
UNTUK MEMBERI CAHAYA

ANITA
AKU HANYALAH AKU
TIDAK MAMPU BERSAMAMU
DALAM BERJUANG MENCARI ILMU
HANYA DOA DI SELITKAN DALAM DOAKU


JAGALAH MARUAH SERTA AGAMA
JANGAN TERNODA DEK HASUTAN
TERUSKAN DENGAN PENDIRIAN
KUMBANG AKAN BERALIH PANDANGAN

SEKIAN CORETAN DARIKU...:)






Friday 30 December 2011

miawwwwww


salam sahabat semua...hari ni kita tengok gelagat kucing-mucing yang cute mute ni

ni kucing jiran punya armak mak timah punya suami punya mak mertua, dia senyum ni sebab dia dah dapat usya sekor kucing parsi, 2 senyum jew nak buat muka cute, tapi last2 kucing betina update status di fb dengan pakwe lain, sampai sekarang dok tanjung rambutan akibat tekanan perasaan
ni pulak kucing gatal, tengok muka dia 2, sebenarnya dia dok ngendap kucing betina dok mandi, mata dia punya bulat sampai sejam xberkedip, salute la kucing ni memang semangat dalam melakukan apa-apa hal walaupun skodeng...kikikki
cian anak kucing 2...dia mimpi pergi sunway lagoon tapi xboleh bergerak. tengok muka dia berkerut jew, kene marah dengan mak dia dalam mimpi 2, mak dia cakap...kalau marah kene jual, dia pon balik kew pangkuan ibunya dengan sedih sekali...cinnye...alolo tomey2
amacam...korang ade ketawa berdekah-dekah macam ni...dia dok tengok maharaja lawak mega 2, dia ni peminat boboi tapi xpernah undi pon, dia ni kalau boboy berlawak mesti gelak walaupun xlawak, kawan dia tu peminat osbon, dok cari part nak gelak tapi last2 muka putus cinta
lu olang mau cari gadoh sama gua kew? lu olang ingat lu sapa.. ni dia adik hang jebat, hang peh, lu olang masuk kawasan lorong bukit bintang gua sebat...INGAT TU!!!, saya xnak ulas panjang, takot jugak tngok taiko taik kucing ni
ruginya aku dapat tuan kaya ni, washing machine punya la mahal, tapi aku ni xde pon nak upah bibik tolong mandikan, terpaksalah aku mandi sendiri bersama pakaian kecik besar diorang...what the hell...blueeekkk, kadang-kadang rasa nak masuk je jejak kasih, nak cari family aku balik, xsanggup hidup penuh kesepian...mak rindu mak sangat2
haik...ni kucing jackie chokki2, dia sedang bertapa, menurut kajian, kalau nak jodoh ramai means poligami ni la cari dy...kikiki, tengok la cukup empat sekali ngn loceng, maknanya dia ni nak kawing empat...gatai noh, xpadan ngan tembam...hihihi
 
kesian kucing ni, dia sedih sebab xdapat balik raja aidilfitri, almaklumlah nak cari nafkah di kemboja, dia ada kirim mesej bagitau mak dia yang dia xsabar nk jumpa, dia pon dah kawin dengan awek kemboja, ura2 cakap dia ni di buang negeri sebab cium anak dara orang di tempat awam....harap kau sabar ye

sekian saje merepek untuk kali ni, senyumlah di saat kau duka...:-)