Sunday 3 February 2013

airmata
kini menjadi peneman setia
kemana pergi ia bersama
menyapu debu di danau hiba
mengheret aku ke lembah duka 
semakin dalam menusuk jiwa

bahtera cinta yang kita bina
lenyap tanpa khabar berita
tiada dijangka sekelip mata
hilang bersama arus bahagia
tinggallah aku terlantar derita
menunggu waktu pemisah segala

puas sudah aku mencari 
apakah ada kesalahan diri
hingga dirimu berlalu pergi
menodai setiap kata janji
yang di ukir di dinding hati
tiada terpadam sebelum mati
deritalah aku seorang diri

Tuesday 29 January 2013

statusku disana

aku seorang hamba
hambar yang xpernah lelah melakukan dosa
yang kerap melupakan untuk apa dicipta
tidak pernah kesal dengan perbuatan
takutkan neraka hanya pada kata-kata
sampai masa akan aku terima balasannya

aku pelaku dosa
dosa yang tidak kelihatan tetapi ada
yang perlu ditanggung selamanya
dibakar api yang gah menyala
yang bahan bakarnya batu dan manusia
tidak tertanggung oleh sesiapa

aku hamba yang hina
aku hamba yang tidak tahu malu
bila Dia diperlukan aku ingat
tapi bila aku dalam kesenangan
aku nodai janjiku denganNya
janji yang terpatri sebelum ku wujud
yang akan mengikut apa yang disuruh
dan meninggalkan apa yang dilarang
menjadi khalifah di muka bumi
menghalang keburukan dengan kebaikan


aku mahu kembali
kembali ke pangkal jalan
yang telah lama aku tinggalkan
walau sukar berbagai dugaan
akan ku tempuh dengan kesabaran
Dia sentiasa ada bila aku memerlukan

aku tersedar dari lamunan
yang sekian lama aku banggakan
hidup bersama nafsu dan syaitan
turut segala suruhan dan kemahuan
tidak sesekali kurasa merugikan
kerna mereka bijak lagi menyesatkan

walau sesukar mana aku perjuangkan
walau seperit mana aku teruskan
menukar kegelapan menjadi terang
membawa aku menemui kebenaran
yang telah terhalang oleh nafsu dan syaitan


sedarlah sebelum kita disedarkan
biar lambat asal jangan terlambat




perjalanan menuju abadi

kehidupan
perjalanan yang mencari penyudahan
mengumpul bekalan memburu kejayaan
mengharungi setiap ujian dan dugaan
mengharap langkah menyusuri keredhaan

kita
hamba yang sering membuat dosa
kadang waktu jauh dari Pencipta
sukar melengkap yang telah dimula
menuju penamat masih kabur laluannya

mati
saat tiba tiada yang ketahui
datang ia tidak pinta disetujui
hanya bekalan yang mengiringi
menanti timbangan yang amat digeruni

pencapaian
kita menanti penuh debaran
mengharungi titian yang bisa menggagalkan
bersama bekalan semasa kehidupan
dimana selayaknya kita bertandang