Tuesday 20 November 2012

cintu itu anugerah

CINTA TU APE YE? ^^'' 

awak yang baca tu....awak la dok senyum2 pulak, awak tahu CINTA tu ape? orang tanya sengeh pulak...ramai yang mengucapkan kalimah keramat ini tapi adakah dia tahu makna di sebalik lima huruf ini.
Mudah di lafaz tapi hakikatnya suka di terjemahkan melalui kata, cinta adalah connection hati, bukan Nokia tau...the connection people....tapi ramai yang menggunakan tagline nokia dalam mengzahirkan erti cinta, oleh sebab itu lah pasangan yang bercinta ramai menjadi buta, ataupun di butakan ataupun terbuta...boleh pandang sendiri dengan mata kasar, mata kucing pon boleh tp untuk makan la, ramai pasangan yang lepak di  tempat2 yang gelap, kenapa tempat gelap? sebab mereka dah buta, so xde beza gelap kew cerah kan?

saudara saudari cikebom-cikebom...

Ingatlah cinta itu luas ertinya, cinta kepada Allah, cinta kepada manusia, cinta kepada binatang, cinta kepada alam, cintailah sungai kita....kebanyakan manusia hanya mengambil tahu tentang cinta manusia semata, ke mana letaknya cinta kepada Allah? sedangkan dia yang mengurniakan cinta, korang (bukan yang baca ni ^^) ni jenis lupa daratan betul la, lupa pada yang memberi, lepas dapat yang memberi dilupakan yang di ingini di puja-puja.....geramnya aku nak ketok2 kepala hanmpa...

aku bukan berlagak pandai just nak bagi tau apa yang hadir di saat aku memikirkan soal cinta,
cinta terbahagi kepada dua (just berkongsi salah betulkan) 

cinta yang berlandaskan connection rohani iaitu melalui perantara yang Maha menzahirkan kemahuan..

cinta yang berlandaskan connection jasmani iaitu melalui perantara tubuh badan....aummm (yang ni laki suka...hehe)

cinta berlandaskan rohani, melalui doa, memohon kepada Pemilik Cinta agar di kurniakan cinta yang akan membawa kita bertemu dengannya kelak, sebelum seseorang hamba memiliki cinta sesama hamba, cinta yang harus di carinya dulu adalah cinta dari Pemilik Cinta. Tiada siapa yang tidak mahu mendapatkan cinta dari Ilahi tapi xsemua orang berusaha, sekadar menaruh gincu di bibir...hadirnya cinta pengubat segala duka, memberi semangat yang baru untuk meneruskan hidup, tidak goyah dengan apa jua ujian mendatang, sesungguhnya manusia di lahirkan berpasangan....kita perlu berusaha mencari barulah akhirnya kemanisan akan dirasakan berpanjangan, bukan merasakan kemanisan di awal perkenalan,

cinta tidak bisa di lihat oleh pancaindera tapi dapat dirasa melalui hati, perasaan cinta berbeza dengan sayang, manusia sering kali keliru dengan kalimah dua sejoli ini, bertambah keliru apabila hadir bahasa yang mengelirukan....I LOVE U perkataan love dapat digunakan untuk menyatakan sayang dan cinta, sebab itu kita hidup dalam kekeliruan...cinta adalah bersih dari nafsu, tidak memandang body ataupun rupa, tiada rasa bila bersama, sentiasa di selitkan dalam doa, gelisah bila berjauhan, bersama mencari keredhaan, berusaha mendapatkan tiket ke "sana"

cinta yang berlandaskan jasmani tidak lah susah....kerana syaitan sebagai guru, nafsu sebagai penasihat, sayang abang, rindu abang, cinta abang, xsanggup kehilangan, rela merentasi laut api....pui, kene minyak panas pon menangis, berkatalah yang benar tinggalkan yang samar, "merentasi lautan api" api  itu bukan ke diturunkan dari "neraka", kalaulah cinta ini yang mereka amalkan, memang mereka nakkan merentasi lautan "api"....wanita terlalu mudah terpedaya dengan kata2 lelaki, terpukau dengan rupa yang tampan, sehinggakan sanggup memberi apa yang sepatotnya di sembunyi...tidak hiraukan pandangan orang kerana mereka saling mencintai, habis madu sepah di buang, terbiarlah engkau kesorangan, membelek sejarah yang engkau ciptakan, tiada apa yang di fikirkan melainkan sesalan....sebelum terlambat google lah makna cinta yang sebenar....cinta yang di hadirkan oleh connection hati ataupun cinta hanya untuk mendapatkan connection jasmani....selamat beramal

jangan salahkan cinta, kerana cinta itu anugerah...

jangan buta kerana cinta, biar cinta buta kerana kita


p/s: sekadar perkongsian tidak mengharap apa2, segala kelemahan harap di maafkan