Tuesday 29 January 2013

statusku disana

aku seorang hamba
hambar yang xpernah lelah melakukan dosa
yang kerap melupakan untuk apa dicipta
tidak pernah kesal dengan perbuatan
takutkan neraka hanya pada kata-kata
sampai masa akan aku terima balasannya

aku pelaku dosa
dosa yang tidak kelihatan tetapi ada
yang perlu ditanggung selamanya
dibakar api yang gah menyala
yang bahan bakarnya batu dan manusia
tidak tertanggung oleh sesiapa

aku hamba yang hina
aku hamba yang tidak tahu malu
bila Dia diperlukan aku ingat
tapi bila aku dalam kesenangan
aku nodai janjiku denganNya
janji yang terpatri sebelum ku wujud
yang akan mengikut apa yang disuruh
dan meninggalkan apa yang dilarang
menjadi khalifah di muka bumi
menghalang keburukan dengan kebaikan


aku mahu kembali
kembali ke pangkal jalan
yang telah lama aku tinggalkan
walau sukar berbagai dugaan
akan ku tempuh dengan kesabaran
Dia sentiasa ada bila aku memerlukan

aku tersedar dari lamunan
yang sekian lama aku banggakan
hidup bersama nafsu dan syaitan
turut segala suruhan dan kemahuan
tidak sesekali kurasa merugikan
kerna mereka bijak lagi menyesatkan

walau sesukar mana aku perjuangkan
walau seperit mana aku teruskan
menukar kegelapan menjadi terang
membawa aku menemui kebenaran
yang telah terhalang oleh nafsu dan syaitan


sedarlah sebelum kita disedarkan
biar lambat asal jangan terlambat




1 comment: