CINTA TU APE YE? ^^''
awak yang baca tu....awak la dok senyum2 pulak, awak tahu CINTA tu ape? orang tanya sengeh pulak...ramai yang mengucapkan kalimah keramat ini tapi adakah dia tahu makna di sebalik lima huruf ini.
Mudah di lafaz tapi hakikatnya suka di terjemahkan melalui kata, cinta adalah connection hati, bukan Nokia tau...the connection people....tapi ramai yang menggunakan tagline nokia dalam mengzahirkan erti cinta, oleh sebab itu lah pasangan yang bercinta ramai menjadi buta, ataupun di butakan ataupun terbuta...boleh pandang sendiri dengan mata kasar, mata kucing pon boleh tp untuk makan la, ramai pasangan yang lepak di tempat2 yang gelap, kenapa tempat gelap? sebab mereka dah buta, so xde beza gelap kew cerah kan?
saudara saudari cikebom-cikebom...
Ingatlah cinta itu luas ertinya, cinta kepada Allah, cinta kepada manusia, cinta kepada binatang, cinta kepada alam, cintailah sungai kita....kebanyakan manusia hanya mengambil tahu tentang cinta manusia semata, ke mana letaknya cinta kepada Allah? sedangkan dia yang mengurniakan cinta, korang (bukan yang baca ni ^^) ni jenis lupa daratan betul la, lupa pada yang memberi, lepas dapat yang memberi dilupakan yang di ingini di puja-puja.....geramnya aku nak ketok2 kepala hanmpa...
aku bukan berlagak pandai just nak bagi tau apa yang hadir di saat aku memikirkan soal cinta,
cinta terbahagi kepada dua (just berkongsi salah betulkan)
cinta yang berlandaskan connection rohani iaitu melalui perantara yang Maha menzahirkan kemahuan..
cinta yang berlandaskan connection jasmani iaitu melalui perantara tubuh badan....aummm (yang ni laki suka...hehe)
cinta berlandaskan rohani, melalui doa, memohon kepada Pemilik Cinta agar di kurniakan cinta yang akan membawa kita bertemu dengannya kelak, sebelum seseorang hamba memiliki cinta sesama hamba, cinta yang harus di carinya dulu adalah cinta dari Pemilik Cinta. Tiada siapa yang tidak mahu mendapatkan cinta dari Ilahi tapi xsemua orang berusaha, sekadar menaruh gincu di bibir...hadirnya cinta pengubat segala duka, memberi semangat yang baru untuk meneruskan hidup, tidak goyah dengan apa jua ujian mendatang, sesungguhnya manusia di lahirkan berpasangan....kita perlu berusaha mencari barulah akhirnya kemanisan akan dirasakan berpanjangan, bukan merasakan kemanisan di awal perkenalan,
cinta tidak bisa di lihat oleh pancaindera tapi dapat dirasa melalui hati, perasaan cinta berbeza dengan sayang, manusia sering kali keliru dengan kalimah dua sejoli ini, bertambah keliru apabila hadir bahasa yang mengelirukan....I LOVE U perkataan love dapat digunakan untuk menyatakan sayang dan cinta, sebab itu kita hidup dalam kekeliruan...cinta adalah bersih dari nafsu, tidak memandang body ataupun rupa, tiada rasa bila bersama, sentiasa di selitkan dalam doa, gelisah bila berjauhan, bersama mencari keredhaan, berusaha mendapatkan tiket ke "sana"
cinta yang berlandaskan jasmani tidak lah susah....kerana syaitan sebagai guru, nafsu sebagai penasihat, sayang abang, rindu abang, cinta abang, xsanggup kehilangan, rela merentasi laut api....pui, kene minyak panas pon menangis, berkatalah yang benar tinggalkan yang samar, "merentasi lautan api" api itu bukan ke diturunkan dari "neraka", kalaulah cinta ini yang mereka amalkan, memang mereka nakkan merentasi lautan "api"....wanita terlalu mudah terpedaya dengan kata2 lelaki, terpukau dengan rupa yang tampan, sehinggakan sanggup memberi apa yang sepatotnya di sembunyi...tidak hiraukan pandangan orang kerana mereka saling mencintai, habis madu sepah di buang, terbiarlah engkau kesorangan, membelek sejarah yang engkau ciptakan, tiada apa yang di fikirkan melainkan sesalan....sebelum terlambat google lah makna cinta yang sebenar....cinta yang di hadirkan oleh connection hati ataupun cinta hanya untuk mendapatkan connection jasmani....selamat beramal
jangan salahkan cinta, kerana cinta itu anugerah...
jangan buta kerana cinta, biar cinta buta kerana kita
p/s: sekadar perkongsian tidak mengharap apa2, segala kelemahan harap di maafkan
Tuesday, 20 November 2012
Thursday, 18 October 2012
puisi buatmu
jodohku,
lama aku menunggu,
saat waktu menjelma dirimu,
menghiasi hari sepanjang hidupku,
menempuh dugaan tanpa rasa jemu,
jodohku,
di mana dirimu saat aku memerlukan,
di balik awan atau terpendam di lautan,
puas aku meneliti sepanjang kehidupan,
belum masanya dirimu aku temukan,
jodohku,
bertahanlah sehingga kita di satukan,
jauhkan segala yang bermulakan syaitan,
lindungi dirimu dengan ayat2 suci al-Quran,
agar terlindung sentiasa daripada godaan,
harapku
setialah pada yang satu,
tetapkan hala tuju hatimu,
selitkan doa di setiap sujudmu,
cinta yang teragung suci dari nafsu,
Sunday, 22 January 2012
UNTUKMU ANITA PUI
ANITA EKHWAN
ASSALAMUALAIKUM PEMBUKA BICARA
ANA MENULIS UNTUK SEMUA
KALI NI GILIRAN ANITA
ANA MENGARUT ENTAH KENAPA
Anita...ni la dia tuannya...tngok dia senyum mesti semua tergoda kan...kikiki jangan mara
sekarang dia tengah posing dalam program periukku periukmu sempoi...tngok dia senyum ala-ala baby baru blajar senyum...ececeh
dia ada gaya jugak nak jadi ratu colgate...so sweet (kann)
dalam periuk tu xpayah den nak kobar mmg xtahu la tu
sekali macam ubi sekali makan ikan kene rembat bertubi-tubi
tapi anita memang terbaik dari india...kikiki
budak ni den terjumpo dekat mesir...tngok dia nangis sorang2 tepi piramid den ambik la piramid tu bagi dia...tiba2 je dio berhenti nangis then bilang i love u tempe...raso banggo la jugok...den muah kt pipi blom smpai den bagi sekali lagi i love u nak tempeleng jarak dekat...tersembur gigi den...ni urat dawat tulang t-rex ni...
ANITA EKHWAN
A=Amanah
N=Naif
I=Ikhlas
T=Tulus
A=Alim
E=Emosional
K=Komited
H=Harum
W=Warak
A=Amanah
N=Naif
NAMAMU TERSELIT SEJUTA MAKNA...TIADA SIAPA DAPAT RUNGKAIKAN SELAIN DIRIMU...JADILAH NAMAMU YANG SEBENAR...AGAR ENGKAU DAPAT MELANGKAH LAGI TINGGI...MENGGONCANG DUNIA DENGAN ILMU...BERBAKTI KEPADA AGAMA DAN BANGSA...BERUSAHA LAH TANPA MENYERAH...
DEMI SEBUAH CINTA...HARAPAN IBU BAPA
IMPIAN SETIAP REMAJA YANG INGIN BERJAYA
ANITA EKHWAN
ENGKAU LAH MENTARI KELAK...YANG AKAN MENYINARI DI WAKTU SIANG...WALAUPUN KELIBAT MU TIADA DI WAKTU MALAM TAPI ENGKAU PANCARKAN CAHAYA PADA BULAN SEBAGAI PENGGANTI UNTUK ENGKAU BERADU...JANGANLAH ENGKAU TERASA PENAT DAN JEMU...
UNTUK TERUS MEMBERI CAHAYA YANG MENYINARI
ENGKAU SEKUNTUM BUNGA YANG BERADA DI DALAM TAMAN...
PERLU DISIRAM PERLU DI JAGA
KUATKAN DURI DI TANGKAL MU AGAR TIADA SIAPA BISA MEMEGANG..
HANYA MEREKA YANG BETOL2 IKHLAS JUA YANG AKAN BERKORBAN KESAKITAN UNTUK MEMILIKIMU...DENGAN CARA YANG BENAR...
ANGGAPLAH DIRIMU SEBAGAI MUTIARA DI DALAM CERMIN..DILIHAT BOLEH DI SENTUH HARAM...BILA TIBA MASANYA MUTIARA AKAN MENJADI MILIK SESEORANG...YANG BISA MENJAGAMU DENGAN BAIK YANG BISA MELINDUNGIMU DARI DIRAMPAS WALAU NYAWA MENJADI TARUHAN
KERANA ITULAH PENGORBANAN
ANITA
ANDAI ENGKAU MAHU MENYELAM BIARLAH SAMPAI KE DASARNYA
ANDAI ENGKAU MAHU MENDAKI BIARLAH SAMAPI KE PUNCAKNYA
ANDAI ENGKAU MAHU BERJAYA BIARLAH IA KEJAYAAN BERTERUSAN
HIDUPLAH ENGKAU SEPERTI MANA KAU INGINKAN
SELAGI TIDAK BERCANGGAH DENGAN TUNTUTAN
AGAR ENGKAU SENTIASA DALAM PERLINDUNGAN
DIKURNIAKAN NIKMAT YANG BERPANJANGAN
ANITA
BANGKITLAH ENGKAU DARI LAMUNAN
TERUSKANLAH PERJUANGAN
JANGAN ENGKAU TERNODA DEK DUNIA
YANG HANYA MAINAN SEMATA
ANITA
SEKALI KAU REBAH
JANGAN BIAR MENJADI MASALAH
TERUS BANGUN BERDIRI TEGAK
MELANGKAH DENGAN TIDAK TERAGAK
ANITA
JADILAH ENGKAU SEPERTI LILIN
RELA BERKORBAN DEMI ORANG LAIN
KAU TETAP MENYALA
UNTUK MEMBERI CAHAYA
ANITA
AKU HANYALAH AKU
TIDAK MAMPU BERSAMAMU
DALAM BERJUANG MENCARI ILMU
HANYA DOA DI SELITKAN DALAM DOAKU
JAGALAH MARUAH SERTA AGAMA
JANGAN TERNODA DEK HASUTAN
TERUSKAN DENGAN PENDIRIAN
KUMBANG AKAN BERALIH PANDANGAN
SEKIAN CORETAN DARIKU...:)
Friday, 30 December 2011
miawwwwww
salam sahabat semua...hari ni kita tengok gelagat kucing-mucing yang cute mute ni
ni kucing jiran punya armak mak timah punya suami punya mak mertua, dia senyum ni sebab dia dah dapat usya sekor kucing parsi, 2 senyum jew nak buat muka cute, tapi last2 kucing betina update status di fb dengan pakwe lain, sampai sekarang dok tanjung rambutan akibat tekanan perasaan
ni pulak kucing gatal, tengok muka dia 2, sebenarnya dia dok ngendap kucing betina dok mandi, mata dia punya bulat sampai sejam xberkedip, salute la kucing ni memang semangat dalam melakukan apa-apa hal walaupun skodeng...kikikki
cian anak kucing 2...dia mimpi pergi sunway lagoon tapi xboleh bergerak. tengok muka dia berkerut jew, kene marah dengan mak dia dalam mimpi 2, mak dia cakap...kalau marah kene jual, dia pon balik kew pangkuan ibunya dengan sedih sekali...cinnye...alolo tomey2
amacam...korang ade ketawa berdekah-dekah macam ni...dia dok tengok maharaja lawak mega 2, dia ni peminat boboi tapi xpernah undi pon, dia ni kalau boboy berlawak mesti gelak walaupun xlawak, kawan dia tu peminat osbon, dok cari part nak gelak tapi last2 muka putus cinta
lu olang mau cari gadoh sama gua kew? lu olang ingat lu sapa.. ni dia adik hang jebat, hang peh, lu olang masuk kawasan lorong bukit bintang gua sebat...INGAT TU!!!, saya xnak ulas panjang, takot jugak tngok taiko taik kucing ni
ruginya aku dapat tuan kaya ni, washing machine punya la mahal, tapi aku ni xde pon nak upah bibik tolong mandikan, terpaksalah aku mandi sendiri bersama pakaian kecik besar diorang...what the hell...blueeekkk, kadang-kadang rasa nak masuk je jejak kasih, nak cari family aku balik, xsanggup hidup penuh kesepian...mak rindu mak sangat2
haik...ni kucing jackie chokki2, dia sedang bertapa, menurut kajian, kalau nak jodoh ramai means poligami ni la cari dy...kikiki, tengok la cukup empat sekali ngn loceng, maknanya dia ni nak kawing empat...gatai noh, xpadan ngan tembam...hihihi
kesian kucing ni, dia sedih sebab xdapat balik raja aidilfitri, almaklumlah nak cari nafkah di kemboja, dia ada kirim mesej bagitau mak dia yang dia xsabar nk jumpa, dia pon dah kawin dengan awek kemboja, ura2 cakap dia ni di buang negeri sebab cium anak dara orang di tempat awam....harap kau sabar ye
sekian saje merepek untuk kali ni, senyumlah di saat kau duka...:-)
Thursday, 29 December 2011
xlah hensem tapi manis ade...kikiki
salam kawan2...hari ni xnak pantun sebab xde mood
bangun pagi2 bukak mata nmpak maggie jew
ingatkan kfc
malu jugak nak tunjuk muka kan sebab xbrape hensem walaupun cute ade...kkikiki tp aku bersyukur
sebab ada orang cakap bila aku senyum ada aura...(perasan pulak)
ni lah aku...aku bersyukur seadanya sebab ramai lagi di luar sana yang tidak dikurniakan
anggota tubuh badan yang cukup...ade x iras2 michael smash kpale...hihi
masa ni aku pakai losyen...maklumlah awet muda...hihi, kalau nak tngok muka sebalik losyen
jom kew gambar seterusnya...hihi
kalau tngok jauh nampak hensem jugak aku ni..tapi bila zoom in
hahahha macam zobie kanmpung kangkong...kikiki
ni time lecture mengajar kitorang ni kepala semua xberapa btol
nasib baik lecture orang satu negeri boleh bodek2 sikit...hihi
hati2 dengan senyuman aku ni...maklumlah ade aura, sape tertengok cepat2 basuh
mata dengan klorox...kikiki takot terlekat badi x pasal2 aku ambik buat bini...(ngokngek)
takot jugak tengok gambar ni...maklumlah xkawin lagi
kalau kawin pon kene cukup 4 dulu...(angan2)huhu
tapi ok jugak la still senyum...sebenarnya nak masukkan dalam kubur
tapi last2 lecture cakap kubur xde semalam hujan lebat, lubang kubur dah jadi kolam ikan
selamat aku..kikiki(tipu lagi wekkk)
kalau sape2 rasa xsabar nak jadi macam aku ni cepat2 la contact aku
xsemua orang boleh senyum time ni...kikiki nanti aku jahit mulut hang
yang ni pulak posing ala2 hollywood last2 aku tengok macam playwood...hihihi
dok bilik member sempat lagi snap tapi tngok la susah benor nk senyum....
memang aku macam ni...kalau bergambar susah nak senyum sebab aku xpandai senyum...
sape2 perasan aku ade tahi lalat(bukanlalatberaktau) tepi hidung sebelah kiri, ops lupa plak sebelah kanan tu adik aku yang paling kuat bergusti dengan aku, dia ni agak lembut la..awwww..hihi aku ade sikit tp bukan nyahh tau lembut sopan...(wekk) apa yang aku nak bagitau tentang tahi lalat, aku sebelah kiri hidung dan adik aku sebelah kanan hidung...kalau xnampak pendek umur...hihihi
eh3...baju nak sama plak...hihi
baca mesej mak tu
from mak:: jangan lupa cari budu cap ketereh mak mengidamto mak: mane ade budu kat kedah mak...awek ramai la
from mak: banyak cantik, aku nak jugak kau tanya la menteri besar kedah
to mak: ^^" bukan tepi rumah kita dah ade jual budu
from mak:: banyak cakap ye, kau balik aku cincang dua ratus belas
to mak: mak xsayang saya kew??:(
from mak: i like mat rempit
(just for happy)
ni sedang lihat buat...just lihat k xde duit nak beli..hihi
sebelum tngok ape2 kita tengok dulu harga biar murah asal xmahal
terliur jugak tengok hijau ngn merah tngok dalam dompet ade biru...hihiberlalu dengan perasaan hampa, tunggu masa ptptn tiba sekali dengan pekerja tesco aku beli..kikiki
angan-angan mail lambong
slrrrpppp....dah lama xmakan aiskrim
walaupun pilih yang paling murah urmmppp dia tetap ada...hihi
sebelum makan posing dulu...cute x mata aku(perasan)
dah try senyum 2 tp xjadi jugak maklumlah orang serius kang...ye la sangat...huhu
aiskrim 3 rasa satu harga kawan belanja memang sedap...hihi
jahat x aku...x ajak pon kawan makan walaupun bukan yang aku beli...
tu dok mesej mak
sedapnya makan aiskrim rugi mak x masuk poli dulu...wekkksss(kalaubtolsahgila)huhu
kawan aku dok cari kerja kot...maklumlah duit ptptn kene bayar yob kalau x
penginapan di rumah pagar besi la jawabnya...hihi
pit2...kling3..teringat masa budak2 dulu...(sekarangdahtua)
bunyi jew loceng terus makkkkk(jerit) nak duit beli aiskrim
tapi sekarang kalau nak guna duit sendiri buat sendiri...tngok la kon je cntik aiskrim xde bentuk
aummmmss...bestnya pekat berkrim..huhu
banyak nya aku makan perut pon dah macam tempayan...jangan tngok...huhu
yang penting mesej dengan mak x pernah berenti(maklainkot)huhu
sape2 nak mai la tesco kulim aku belanja duit mak bapak hang la...hihi
jangan marah kalau marah aku jual
makan punya makan yang banyak dah nak abis...urrrkkkkk
malu orang tengok sendawa dengan kentut xjauh beza...kikiki
apa2 pon aku enjoy hari ni...tq kawan2 still trima aku
p/s: aku bersyukur kerana Allah mengurniakan aku senyuman lagi, walaupun lepas ni dugaan terus mendatang, aku harap kawan2 jangan tinggalkan aku sendirian
Tuesday, 27 December 2011
hai tawan2...tomey nya yang baca ni...macam baby facebook..hihi. nama saya Muhd Lukmanul Hakim b. Abdullah, paggil hakim jew nk panggil Mawi pon boleh...hehe, saya asal kg Bertam Baru nun jauh di ulu Kelantan, mesti korang xtahu kan, kt sane smua ade...uru2 kura2 mengatakan KLCC nk pindah pergi kg hakim, hakim smpai demam dok pikir macam mane la nak angkat...mmg kura2 xpergi skolah kan...walaupun dianggap pedalaman tp semua ade, internet pon ade, dulu pakcik2 lepak kedai kopi main dam aji, sekarang sambil minum kopi sebelum pergi menoreh pakcik2 dok main FB, xla bising sngt, nak order kopi pon guna komen...hehee maju kan tp kalau bayar guna komen mmg sah pisau noreh lekat kt dahi...hehehe dont try this at gerai mamak..sekarang masuk pasal family ku tersayang penyayang last skali hakim melayang.
family hakim ade 13 orang termasuk mak ngn ayah, ramai kan..hehe biasa la bak kata pepatah jepun+isketambola bapak aktif mak pasif...hehehe. dalam family hakim paling baik ngn mak, ayah pon xkurangnya. seronok lau cakap ngn diorang selalu gelak. diorang la mak ayah merangkap sahabat hakim, hakim xde sape2 dah kawan pon xde, kalau kt rumah hakim xpernah keluar dari rumah sebab xde kawan, hidup dalam kesunyian...alololo sedih2 plak...hakim xnak trangkan sorang2 takot xmuat skrin mklumlah family gempak...hihi,
ni lah lencana pertama yang hakim pakai, disinilah hakim mula belajar hingga dapat menulis membaca dan mengira, disini tertinggalkan beribu kenangan, hakim teringat kisah yang menarik di sini antaranya ialah......jeng3 tngok gmbar bawah ni korg mesti ingat kawin kan...hehehe
masih teringat darjah 1 kawan hakim kene kahwinkan sebab bising dalam klass, cikgu yang pilih pon pndai lelaki hitam manis perempuan hitam legam...hihihi jahat hakim ni, ntah la kenapa xdapat lupa smpai sekarang,
then mase darjah 4 kitorang punya cikgu ade sorang 2 india dia masuk islam...muka dia sah2 hitam tp nur 2 ade la...hihi, dia ni garang coz hidup dia masa kecik sangat terseksa mana taknya selalu kene sebat ngn ayah dia, tp itu bukan alasan dia nk blas pada murid dya...kalau xsiap je kerja dia bg terus kene sebat, kalau slow xpe ni sehabis kuat dya libas...macam criter LIBAS 2..hihi, ade satu hari member hakim kene rotan sampai turun hujan di bawah bumbung, kencing lar...hehehe, 2 bahagian member, hakim pon ade jugak maklumlah pemalas, dy sebat laju giler ooo sakit mcam kene gigit gajah afrika...punye xtahan hakim mintak dy berenti x berenti jugak, hakim pon tahan la tangan, mak aih kene jari pulak..bayangkan libasan kepala naga kene jari, menangis gua...apa barang gangster nangis....haha mase kecikkan
ni bila hakim dah besar sikit...start form 1 sampai form 3 sekolah di sini n tinggal di asrama, yg paling ingatnya masalah air menjadi kebiasaan kami disana, kalau pergi sekolah berbau pon orang xheran...hehhe smua mandi cukup syarat je nk mandi banyak pkul 5 pg dah bangun 2 pon hantu jembalang yang tolong sabunkan..ayokkk...hehe, disini xde la banyak kenangan sangat sebab xde kawan rapat...maklumlah anak mak...hehe, lepas pmr hakim pindah kew...............................................jeng4
ni haa...SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TANAH MERAH, tapi setahun selepas itu satu kejadian yang berlaku menyebabkan bertukar jadi SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL TANAH MERAH, disini terpahat sejuta kenangan manis dan masam2 masin....tahun pertama disini ok la..member baik ade sorang dari selangor...pergi mana2 dy mesti follow nak duit dy bagi kalau ada lar. selalu blanja hakim yg hakim suka...hihihi manusia ni kalau pasai duit hampeh jew...hakim dilantik jadi pengawas sekolah(padahal mintak) tp xpernah pon jalankan tanggungjawab just jd MC je kt depan...hakim ni kira murid kesayangan la...cikgu Rubiyah yang paling baik rasa sayu nk berpisah, masuk form 5 lagi seronok hakim jadi ketua pelajar paling ngokngek penjetus segala kejahatan...hihihi, first jadi ok lagi bila dah lama merapu la...di sebabkan cinta rosak jawatankuasa...tp cinta budak2 ntah pape la sayang anje puipui dh la couple ngn penolong, mase couple penolong cari lain lagi lar xcakap pape ngn dia....ape2 program pon xjalan...rasanya cukup dulu lah dah banyak merapu...hihihi
salam perkenalan...chaiyok
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)








